I made this widget at MyFlashFetish.com.

Isnin, 26 Disember 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinnya saya dapat membina blog ini bagi memenuhi tugasan KRT 3013 Teknologi Maklumat Sekolah Rendah  di bawah bimbingan En Hafizul Fahri Bin Hanafi (tutor group EL03) serta sebagai bahan ilmiah yang boleh dikongsikan bersama.
Seperti yang kita sedia maklum, teknologi banyak membantu memudahkan pengurusan kerjaya seorang guru dalam menjalankan tugas terutama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Salah satu daripadanya ialah penyampaian ilmu melalui blog. Banyak ilmu yang saya perolehi daripada pengalaman membina blog ini. Semakin banyak ilmu yang diperolehi, semakin banyak pula ilmu baru yang perlu diteroka dan dipelajari serta digunapakai bagi meningkatkan profesionalisme sebagai seorang guru yang berkesan untuk diserapkan di alam pendidikan abad ke 21 ini.InsyaAllah saya akan cuba memberikan input yang terkini di dalam blog ini.
Di samping itu juga saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada En Hafizul Fahri bin Hanafi, selaku tutor group EL03 , rakan-rakan PJJ  serta semua pihak yang terlibat kerana perkongsian ilmu yang diberikan telah memudahkan pengurusan dalam membina blog ini. 
Sekian terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan