I made this widget at MyFlashFetish.com.

Selasa, 29 November 2011

BENTUK 3 DIMENSI

Bentuk 3 Dimensi

Kuboid

Bentuk ini mempunyai 6 permukaan rata yang berbentuk segi empat tepat.

Kubus 

Bentuk ini mempunyai 6 permukaan rata yang berbentuk segi empat sama.
     
Piramid

               Bentuk ini mempunyai 4 permukaan rata berbentuk segitiga dengan 8 sisi dan 5 bucu.
             
Silinder
Bentuk ini mempunyai 1 permukaan melengkung, 2 permukaan rata dan tiada bucu.
                                                    
Sfera

Bentuk ini mempunyai satu permukaan melengkung, tiada bucu dan sisi.

CIRI-CIRI BENTUK 2 DIMENSI

Bentuk 2 dimensi
- mempunyai panjang dan lebar
- mempunyai permukaan rata
- mempunyai sisi lurus kecuali bulat dan bujur mempunyai sisi yang melengkung
- mempunyai bucu kecuali bulat dan melengkung


SEGIEMPAT SAMA
Empat Garisan Tepi Yang Sama Panjang
Empat Bucu
Satu Permukaan Rata
 
SEGIEMPAT TEPAT
Empat Garisan Tepi
(Garisan Bertentangan Sama Panjang)
Empat Bucu
Satu Permukaan Rata

SEGITIGA
Tiga Garisan tepi
Tiga bucu
Satu Permukaan Rata

BULATAN 
Satu garisan Melengkung
Satu Permukaan Rata

CONTOH FORMAT RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KSSR

Mata pelajaran                   : Metematik
Kelas                                  : 2 Alamanda
Bidang                               : Sukatan dan Geometri
Tajuk                                  : Ruang (Bentuk 2 Dimensi)
Masa                                  : 10.05-11.05 pagi
Standard pembelajaran : 13.3 Mengenal pasti bentuk 2 dimensi .
Objektif pembelajaran    : i) Mengenalpasti bentuk 2 dimensi 
                                               berdasarkan huraian.
                                           ii) Melukis bentuk asas bagi bentuk dua
                                               dimensi (segiempat sama, segiempat         
                                               tepat, segitiga dan bulatan).
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
1.         Pertandingan melukis model robot mengikut kreativiti masing-masing (dalam kumpulan).
-          Nyanyian lagu kartun diselitkan.
2.         Murid memerhati rupa bentuk pada  robot yang dipaparkan.
3.         Minta murid meneka tajuk apa yang akan dipelajari.
4.         Penerangan guru berkaitan tajuk (persembahan power point)
5.         Murid menjalankan aktiviti dalam kumpulan.
6.         Perbincangan untuk melengkapkan jawapan.
7.         Mengira bilangan bentuk berdasarkan persembahan power point.
8.         Kuiz (penutup)
Elemen Merentas Kurikulum (EMK)
Kreativiti dan Inovasi, TMK.
Bahan Bantu Belajar  
Power point, model bentuk 2 dimensi, soalan latihan          
Refleksi :
18/20 dapat menjawab  8/10 soalan yang diberikan . Objektif yang dirancang tercapai. 2 orang menjalankan aktiviti pemulihan.

Isnin, 28 November 2011

REKREASI MATEMATIK

                                     REKREASI MATEMATIK (1) 

Lengkapkan jadual di bawah ini :




CIRI-CIRI BENTUK 2 DIMENSI


SEGITIGA
SEGIEMPAT SAMA
SEGIEMPAT TEPAT
BULATAN

BILANGAN GARISAN TEPI








BILANGAN BUCU










BILANGAN PERMUKAAN RATA










GAMBAR
















 REKREASI MATEMATIK (2)

Saya ada satu garisan melengkung dan satu permukaan rata.
______________________________

Saya ada tiga garisan lurus yang bertemu membentuk tiga bucu.
______________________________

Saya ada empat garisan lurus yang sama panjang
Apabila dicantum akan membentuk empat bucu.
_____________________________

Saya ada empat garisan dan empat bucu. 
Ke dua-dua garisan yang bertentangan mestilah sama panjang.
_____________________________


dan lagi......

VIDEO MIKROTEACHING 10 MINIT

LATIHAN

LATIHAN 1